KUCHING: Rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama disaran bersama masyarakat Cina meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.
“Saya jemput semua rakyat Sarawak khususnya tidak kira bangsa dan agama meraikan Tahun Baharu Cina,” kata Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.
Hadir sama, isteri TYT, Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof dan isteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, menteri-menteri kabinet dan persekutuan.
