KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyempurnakan Majlis Jamuan Negeri sempena Pembukaan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) ke-19 di Dewan Santapan, DUN Sarawak, Petra Jaya di sini, malam tadi.
Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama anak beliau, Dayang Nurjihan.
Hadir sama ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, bersama isteri, Datin Seri Noraini Salleh; Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Speaker DUN Sarawak dan Sabah; Timbalan-Timbalan Menteri; ketua-ketua jabatan; serta tetamu kenamaan lain.
Majlis dimulakan dengan persembahan kebudayaan selamat datang bertajuk “Sarawak Maju Makmur” yang menggambarkan keharmonian, perpaduan dan kemajuan rakyat Sarawak.
Bacaan doa oleh Timbalan Imam Besar Sarawak, Ustaz Mohammad Ihsan Haidzir.
