Yang di-Pertua Negeri Sarawak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-266

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mesyuarat dipengerusikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Selepas baginda berkenaan menyampaikan titah ucapan alu-aluan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mempersembahkan Taklimat Agenda Mesyuarat Raja Raja.

GAMBAR:ASTANA NEGERI