SIBU: Cek pampasan tanah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Nibong Tada berjumlah lebih RM1.47 juta diserahkan hari ini.
Majlis penyerahan cek pampasan tanah terbabit kepada seramai 140 penerimanya berlangsung di Dewan Komuniti Sibujaya, di sini.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menyempurnakan majlis terbabit.
Katanya, menerusi inisatif seperti ini membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha memberi kemudahan kepada rakyat agar tiada siapa yang ketinggalan daripada arus pembangunan.
Di majlis itu juga, Len turut menyampaikan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 (KTN) melibatkan kawasan Kanowit Block D-Maong/Kelimut, Machan.
Warta terbabit disampaikan kepada seramai 61 penerima dari 61 rumah panjang komuniti Iban.
