Tubuhkan jawatankuasa selenggara dewan

LUNDU: Dewan Masyarakat Tanah Hitam Sematan kini siap dibina dan boleh digunakan penduduk di Sematan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, kemudahan untuk mereka mengadakan aktiviti atau keramaian.

“Ia juga dapat memberi pendapatan sampingan seperti mengadakan pertandingan badminton, ping-pong, karom, katering, pakej perkahwinan dan sebagainya,” katanya ketika majlis perasmian dewan terbabit, di sini, hari ini.

Berikutan itu, Azizul mahu jawatankuasa bagi dewan itu ditubuhkan untuk penyelengaraan kemudahan terbabit.

Hadir sama, Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Effa Natrah Mohamad Raduan, Wakil Pemangku Pegawai Daerah Lundu, Muhammad Isa Limon, Penghulu Jumahdi Sabian dan Penghulu Ramil Mina.