150 kanak-kanak sertai Program Berkhatan Perdana 2024

SIMANGGANG: Seramai 150 kanak-kanak berkhatan beramai-ramai secara percuma pada Program Berkhatan Perdana 2024 di Masjid Besar Sri Aman di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata, program itu bertujuan menghidupkan semula budaya berkhatan beramai-ramai dan membantu meringankan kos perbelanjaan.

“Jika ke klinik kerajaan, mereka (ibu bapa) perlu keluar dan ini melibatkan kos pengangkutan dan jika ke klinik swasta pula, mereka terpaksa bayar RM100 hingga RM170 bagi setiap anak,” katanya.

Mohamad Shafizan berkata, program ini juga merupakan satu tuntutan dari segi agama dan dilangsungkan pada musim cuti persekolahan.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, Pegawai Khas Jabatan Premier Sarawak, Bujang Helmi Hazmi dan Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang.