MIRI: Pembinaan jalan yang menghubungkan Miri, Marudi, Mulu dan Long Terawan di Baram dijangka bermula pada tahun depan.
Perkara ini dimaklumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Menurutnya, pelan laluan jalan tersebut sudah dipersetujui.
“Apabila siap kelak, jalan tersebut akan memendekkan perjalanan dari Miri ke Long Terawan kira-kira sejam setengah.
“Semua jalan telah dihubungkan dan ia telah lengkap. JKR masih melakukan proses tender pada tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina SUPP Parliamentary Miri-Sibuti Liaison Committee di Mega Hotel, Miri malam tadi.
Beliau menjelaskan, Miri bakal mempunyai pusat konvensyennya sendiri.
Katanya, tapak pusat berkenaan sudah dikenalpasti dan pembinaannya dijangka bermula pada tahun depan.
Hadir sama isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.
