KUCHING: Sebanyak RM250,000 dana diperuntukkan oleh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) kepada Yayasan Jantung Sarawak (YJS). Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr. Sim Kui Hian, ia bertujuan penambahan dana untuk mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) di Hospital Sibu. “Pemberian itu bukan sahaja menyelesaikan isu atau kekurangan dana tetapi juga membolehkan kita menggunakan sebahagian daripada […]
OSEIC Kuching, Dalat bakal beroperasi tahun depan
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta bagi pengoperasian dan penubuhan One-Stop Early Intervention Centre (OSEIC) di negeri ini tahun depan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peruntukan itu bagi pengoperasian OSEIC Kuching dan Dalat serta penubuhan OSEIC Miri tahun depan. Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada Premier […]
Penemuan relau peleburan besi purba di Sungai Jaong dianalisa
KUCHING: Analisa berhubung penemuan relau peleburan besi purba di Delta Sungai Sarawak khususnya Sungai Jaong, Santubong tahun lalu kini giat dilakukan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mendedahkan keputusan analisis radiokarbon terhadap relau itu diperoleh tahun ini menunjukkan bahawa aktiviti metalurgi wujud antara abad ke-10 dan ke-13. “Analisis […]
Sarawak mahu jadi peneraju ekonomi baharu
KUCHING: Sarawak bercita-cita untuk menjadi peneraju serantau dalam inovasi dan ekonomi yang dipacu teknologi. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, oleh itu Kerajaan Sarawak telah meminda Ordinan Hutan, Kanun Tanah dan menggubal Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) baharu 2023 bagi merealisasikan visi itu. “Ordinan ini memberi kuasa kepada kami […]
129 kanak-kanak berkeperluan khas belajar Tadika SeDidik
KUCHING: Tadika SeDidik melalui dasar terbuka baharu mempunyai seramai 129 kanak-kanak berkeperluan khas,setakat Oktober lalu. Seramai 31 kanak-kanak itu mempunyai kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 98 lagi masih dalam proses pendaftaran. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini setelah Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) SeDidik yang dikawal selia […]
Kejohanan Golf Piala Pusingan P.194 Petra Jaya Ahad ini
KUCHING: Kejohanan Golf Piala Pusingan P.194 Petra Jaya menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM20,000 yang akan berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS), Petra Jaya, di sini, Ahad ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kejohanan tahunan itu melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, DUN Samariang dan DUN Satok serta DUN Tupong […]
Agensi kerajaan turun padang perjelaskan Belanjawan 2024
KUCHING: Agensi-agensi di bawah Kerajaan Sarawak seperti Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), TVS dan kementerian-kementerian tertentu akan turun ke lapangan untuk mengadakan program libat urus dengan masyarakat akar umbi. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, ini bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang Belanjawan Sarawak […]
Hargai sumbangan penjawat awam, Kerajaan Sarawak umum bonus
KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan berita baik itu berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menghargai sumbangan penjawat awam Sarawak dalam melaksanakan mandat dan menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat. “Bagi […]
Ketepikan kepentingan peribadi, komponen GPS bekerja satu pasukan
KUCHING: Semua ahli komponen parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) diminta mengenepikan kepentingan peribadi dan kepartian sebaliknya memupuk semangat perpaduan dan kerjasama sebagai satu pasukan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini bagi memastikan gabungan itu terus kuat dan gagah sebagai sebuah parti gabungan yang unggul di Malaysia. “Semua ahli komponen GPS […]
Produk barangan halal berkembang pesat peringkat global
KUCHING: Kerajaan melihat permintaan produk barangan pengguna yang diperakui halal sedang berkembang pesat di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini memandangkan perbelanjaan pengguna Islam untuk makanan halal diunjurkan mencecah AS$1.38 trilion menjelang 2024. “Golongan muda yang akan membentuk 60 peratus daripada dua bilion penduduk Islam menjelang 2030, dan ia mempengaruhi […]
