KUCHING: Yayasan Sarawak menyalurkan peruntukan sebanyak RM675,000 kepada 45 Pejabat Daerah bagi menjayakan Ekspo Pendidikan Sarawak pada 27 Julai ini. Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli berkata, ekspo itu akan diadakan serentak di 43 lokasi dengan pelancaran ekspo akan disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kolej Universiti i-CATS di […]
37 rumah panjang nikmati bekalan air
BINTULU: Pembinaan stesen pam penggalak, tangka air dan sistem saluran paip di Maskat dekat sini, akan turut memberi faedah kepada 37 rumah panjang membabitkan lebih 3,745 penduduk. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, rumah-rumah panjang terbabit terletak dalam kawasan Parlimen Bintulu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebauh dan Samalaju. Projek membangun stesen […]
Pelantikan Awang Bemee bukti kepercayaan kepada GPS
BINTULU: Pelantikan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Speaker Dewan Negara Ke-21 jelas membuktikan kepercayaan Kerajaan Persekutuan terhadap kepimpinan wakil daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS). Justeru, Pengerusi GPS merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar […]
ART dengan reka bentuk aspirasi Sarawak dijangka tiba tahun ini
BINTULU: Sistem Transit Aliran Automasi (ART) dengan reka bentuk menggambarkan aspirasi dan keperkasaan Sarawak yang pertama dijangka tiba di bandaraya ini pada penghujungtahun ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini ART tersebut sedang dihasilkan di China dan beberapa reka bentuk telah dicadangkan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Sarawak Metro. […]
Tuntutan semula hak tidak bermakna Sarawak pinggirkan kepentingan negara
BINTULU: Perjuangan Sarawak untuk menuntut semula hak-hak tidak bermakna kerajaan negeri tidak prihatin terhadap kepentingan negara. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebaliknya beliau bersama rakan-rakan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus membawa Sarawak untuk menyokong Kerajaan Madani pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Katanya, Kerajaan Sarawak akur bahawa Kerajaan […]
Permohonan masukkan Pesta Ikan Buntal Kampung Mangut dalam kalendar pelancongan
SARIBAS: Permohonan akan dilakukan bagi memasukkan Pesta Ikan Buntal di Kampung Mangut di sini dalam kalendar pelancongan Sarawak. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata permohonan itu akan dikemukakan penganjur kepada Kementerian Pelancongan, Seni Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak. “Sama ada ia dilaksanakan setiap tahun, dua tahun sekali […]
Peringati, hayati kisah di sebalik sambutan Hari Sarawak
BINTULU: Rakyat Sarawak diajak memperingati dan menghayati tarikh bersejarah 22 Julai 1963 yang menjadi detik bermulanya negeri ini ditadbir oleh anak Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Hari Sarawak yang diraikan pada setiap tahun menjadi titik penyatuan rakyat untuk mengejar impian menjadikan Sarawak sebuah negeri yang maju menjelang 2030. “Adalah […]
Kajian sambung saluran gas ke rumah Bintulu dijangka siap tahun ini
BINTULU: Sarawak akan membuat penyambungan saluran gas di setiap rumah dan premis di Bintulu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, satu kajian mengenai penyambungan terbabit sedang dijalankan. “(Kajian terbabit ) dijangka siap pada hujung tahun ini,” katanya semasa Townhall sempena Sambutan Hari Sarawak 2024 di sini, hari ini. Awang Tengah juga […]
Sarawak berpotensi jana 20 GW tenaga diperbaharui
BINTULU: Sarawak berpotensi menjana 15 hingga 20 gigawat (GW) tenaga bersih di masa hadapan melalui sumber tenaga boleh diperbaharui berasaskan solar terapung yang sedang dilaksanakan ketika ini. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berdasarkan kajian Sarawak Energy Berhad (SEB), Empangan Hidro Batang Ai mampu menjana lebih 2 GW tenaga menerusi […]
Landas Kasihnya Warisan Raja Sungai Regata Mukah 2024
MUKAH: Gelaran ‘Raja Sungai’ Regata Mukah 2024 menjadi milik Pasukan Landas Kasihnya Warisan selepas berjaya mendominasi kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki. Penguasaan pasukan Landas pada edisi kali ini cukup gah apabila turut menguasai kedudukan dua dan tiga kategori utama itu menerusi perahu Landas Satu dan Landas Dua dalam aksi cukup sengit disaksikan oleh ribuan warga […]
