Month: September 2025

Isu tanah dikenal pasti punca projek jalan raya berkembar Jambatan Kemena -Lapangan Terbang Bintulu lewat

BINTULU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mendedahkan isu tanah menjadi punca kelewatan projek jalan raya berkembar dari Jambatan Kemena ke Lapangan Terbang Bintulu. Beliau menegaskan masalah itu perlu diselesaikan segera bagi memastikan projek berjalan mengikut jadual. “Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sedang mempercepatkan urusan berkaitan pemilikan tanah. Kelewatan bukan berpunca daripada kekurangan […]

Kejadian luar negara harus dijadi iktibar

BINTULU: Masyarakat diingat agar tidak membiarkan perbezaan kecil kerana ia menjadi punca perpecahan yang akhirnya melemahkan suara politik komuniti Vaie. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, kepimpinannya hanya kesinambungan legasi pemimpin terdahulu yang banyak berkorban. Menurutnya, pengalaman dari negara luar seharusnya dijadikan pengajaran kerana perpecahan menyebabkan kuasa politik sesuatu kaum tergadai. “Kalau […]

Pembukaan laluan perdagangan Tebedu-Entikong pacu ekonomi serantau

KUCHING: Persetujuan Kerajaan Republik Indonesia untuk membuka laluan sempadan Tebedu-Entikong bagi tujuan perdagangan akan ekonomi serantau di Kepulauan Borneo. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, langkah itu menandakan kejayaan penting hasil pertemuan dua hala antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini. Katanya, persetujuan yang dicapai ini akan menjadi titik perdagangan penting yang menghubungkan […]

Stesen Pam Penggalak Tebelu perkukuhkan bekalan air terawat luar bandar

SEBUYAU: Stesen Pam Penggalak Tebelu di sini, yang sudah beroperasi, memperkukuhkan usaha Kerajaan Sarawak untuk membekal air bersih dan terawat di luar bandar. Stesen tersebut membabitkan kos pembinaan sebanyak RM36.7 juta. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek ini merupakan antara inisiatif penting kerajaan ke arah mencapai 100 peratus liputan bekalan […]

PPWS Daerah Lawas terima geran kerajaan RM10,000

LAWAS: Mini Festival Usahanita Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Lawas dirasmikan di Taman Awam Lawas, di sini, hari ini. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan festival itu. Pada majlis berkenaan Henry Sum turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM10,000 kepada PPWS Daerah Lawas […]

Sarawak bantu naik taraf Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia membantu menaik taraf Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, di sini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kompleks tersebut perlu dinaik taraf mengambil kira lokasinya yang strategik di laluan projek-projek pembangunan dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak. Beliau berkata, ini termasuk pembesaran jalan raya, pemasangan lampu isyarat digital dan […]

Ancaman LNG Bintulu: Sarawak tingkatkan keselamatan sekuriti

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil langkah berwaspada susulan ancaman terhadap fasiliti LNG atau gas asli cecair di Bintulu. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak akan bekerjasama denga polis dan juga agensi keselamatan untuk meningkatkan langkah keselamatan. “Kerajaan akan meningkatkan keselamatan sekuriti termasuk pangkalan tentera laut, batalion baharu tentera serta […]

Program KASIH Kanak-Kanak diperluas ke PAKK – Nancy

KUCHING: Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak disasar diperluaskan daripada sekolah ke 30 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di seluruh negara tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, program Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, polis […]

Pesta Tatau jadi tarikan pelancong

TATAU: Pesta Tatau diyakini mampu berkembang sebagai salah satu acara pelancongan penting di Sarawak. Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Datuk Sri John Sikie Tayai berkata, ini kerana kedudukan strategik Daerah Tatau di tepi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) yang memudahkan pesta diakses pengunjung dari pelbagai kawasan. “Dengan sokongan […]

Pertambahan kerusi Parlimen belum dimuktamad

KUCHING: Pelantikan kehakiman boleh diperakukan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi mahkamah di kedua-dua negeri itu dan beberapa senarai jadual perundangan adalah antara empat perkara yang dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di sini hari ini. Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, mesyuarat hari ini dipengerusi oleh Perdana […]