DALAT: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Bangunan (Pindaan) 2025 menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam menggalakkan pembinaan bangunan berasaskan teknologi hijau. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata, Sarawak menjadi negeri pertama memperkenalkan RUU yang mewajibkan bangunan mematuhi standard antarabangsa Indeks Bangunan Hijau (GBI) bagi mengurangkan pelepasan karbon. “Tujuan kita menjadikan Sarawak negeri […]
Cadangan BGS Fun Run jadi acara tahunan
KUCHING: Kampung Boyan, Gersik, Sourabaya (BGS) Fun Run 2025 yang julung kali diadakan berpotensi dimasukkan ke dalam kalender sukan komuniti Sarawak selepas menerima sambutan menggalakkan daripada lebih 500 peserta. Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak yang juga ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata acara itu membuktikan kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup sihat semakin […]
Teknologi kunci lonjakan pertanian Sarawak
KUCHING: Sektor pertanian mampu menjadi pemacu ekonomi baharu Sarawak sekiranya petani memanfaatkan teknologi moden sepenuhnya, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Menurutnya, kerajaan negeri komited mengubah landskap pertanian melalui penggunaan mesin, automasi dan teknologi digital bagi meningkatkan produktiviti serta pendapatan petani. “Pertanian moden bukan pekerjaan bergaji kecil. Ia kini kerjaya […]
Jaringan jalan, jambatan pacu ekonomi baharu Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi fokus kepada pembinaan jaringan perhubungan bagi mempercepatkan pembangunan negeri, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, penyediaan jalan dan jambatan penting untuk menghubungkan bandar dan luar bandar, sekali gus membuka akses ekonomi moden kepada kawasan pedalaman. “Jaringan perhubungan yang tersedia akan menghubungkan kawasan pedalaman serta […]
25 pelajar SJK Chung Hua Matu Khatam Al-Quran
MATU: Majlis Khatam Al-Quran peringkat SJK Chung Hua Matu berlangsung meriah,disempurnakan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi. Majlis menyaksikan 25 murid menamatkan bacaan Al-Quran, dengan perarakan simbolik menggunakan tandu berbentuk bot dan rumah, mencerminkan identiti budaya Matu dan Daro. Ahmad Johnie disambut secara unik dengan beca berhias yang ditarik guru besar, menonjolkan keakraban antara pemimpin […]
Belanjawan berimpak positif bantu rakyat – Paulus
KUCHING: Jumlah yang besar diperuntukkan untuk tujuan pembangunan dalam Belanjawan Sarawak 2026 sekali lagi mencerminkan keprihatinan dan kepedulian Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap masyarakat keseluruhannya dan rakyat di luar bandar khasnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Ngumbang berkata, peruntukan yang sedemikian sudah tentu akan mempunyai impak positif dalam membantu masyarakat […]
ADUN Kabong desak segerakan naik taraf utiliti asas
KUCHING: Isu utiliti asas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong terus mendapat perhatian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir mendesak kerajaan negeri serta agensi berkaitan mempercepat penambahbaikan bekalan elektrik, air dan telekomunikasi yang masih gagal ditangani sepenuhnya. Beliau berkata, ketidakstabilan bekalan elektrik termasuk turun naik voltan dan kejadian ‘tripping’ […]
Rizab gas, tenaga hijau pacu pelaburan ke Sarawak
KUCHING: Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan hijau negara dengan memanfaatkan kekayaan sumber asli dan kapasiti tenaga boleh diperbaharui yang berkos rendah. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, kelebihan utama negeri ini ialah rizab gas asli yang besar serta tenaga boleh diperbaharui yang stabil dan berpatutan, […]
Bintulu bakal miliki pusat transit gelandangan baharu
KUCHING: Fasiliti Tempat Transit Gelandangan (TTG) di Bintulu kini berada dalam fasa persiapan akhir dan dijangka mula beroperasi pada suku pertama tahun depan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pusat tersebut berupaya menempatkan sehingga 30 gelandangan iaitu 18 lelaki dan 12 perempuan bagi menyediakan perlindungan sementara serta meningkatkan kesejahteraan […]
Prestasi pelancongan memberangsangkan, fokus diterus – Abdul Karim
KUCHING: Sarawak optimis mencapai sasaran kunjungan lima juta pelancong tahun ini, meskipun jumlah yang diperlukan bagi dua bulan terakhir agak mencabar. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat Oktober lalu, negeri itu merekodkan kehadiran 4.01 juta pelancong dengan nilai resit pelancongan sebanyak RM10.2 bilion. Menurutnya, bagi […]
