Month: February 2026

TYT Sarawak terima kunjungan hormat Premier Sarawak sebelum MMKN

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediaman rasmi beliau di sini hari ini. Kunjungan berkenaan merupakan prosedur rasmi yang dilaksanakan secara berkala sebelum Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) diadakan selaras amalan pentadbiran serta […]

Ihya’ Ramadan semarakkan ibadah, eratkan perpaduan masyarakat

DARO: Program Ihya’ Ramadan 2026 Kampung Penasu memainkan peranan penting dalam menyemarakkan penghayatan ibadah di samping mengeratkan silaturahim masyarakat tanpa mengira latar belakang. Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penasu bersama Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Darul Ikhlas itu berlangsung di dewan masyarakat kampung berkenaan, petang semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, […]

Mesyuarat HDA perkukuhkan agenda pembangunan wilayah tanah tinggi

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) Ketujuh bagi menilai kemajuan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan di wilayah tanah tinggi negeri ini. Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada kemas kini projek infrastruktur utama termasuk jalan Miri–Marudi, Marudi–Mulu (Kuala Melinau) serta laluan Long Panai–Long Lama (MMMLL) […]

Keputusan mahkamah PETRONAS–PETROS tiada kaitan dengan petisyen Sarawak – Sharifah Hasidah

KUCHING: Keputusan mahkamah melibatkan PETRONAS dan PETROS tidak menjejaskan petisyen difailkan Kerajaan Sarawak di Mahkamah Persekutuan. “Ia tidak ada kaitan dan tidak memberi kesan kepada petisyen yang kita failkan di Mahkamah Persekutuan,”menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan […]

Keluarga mangsa kebakaran rumah terima sumbangan di Kampung Sampadi

LUNDU: Dua keluarga yang kehilangan tempat berteduh dalam kebakaran dua rumah menerima sumbangan bantuan di Kampung Sampadi, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyampaikan sumbangan itu berupa barangan keperluan asas, bakul makanan serta sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mereka yang melibatkan seramai lapan orang […]

Senior Citizen–We CARE For You promosikan penuaan sihat di Sarawak

KUCHING: Kira-kira 300 warga emas dari bahagian ini dan kawasan sekitar dijangka dihimpunkan dalam program Senior Citizen–We CARE For You di Wisma Sabati, di sini, pada 4 April depan. Menurut kenyataan program itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program itu, di sini, hari ini. Anjuran […]

Sarawak sasar 700 belia ASEAN sertai RAYS 2026

KUCHING: Sarawak menjangka menerima penyertaan lebih 700 belia dari 11 negara ASEAN pada Rainforest Youth Summit (RAYS) 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Jun 2026. RAYS sehubungan itu turut menampilkan 17 penceramah dari Sarawak, Semenanjung Malaysia dan seluruh dunia termasuk wakil dari Panama, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kenya dan negara lain yang bakal menyumbang […]

Kemudahan asas Kampung Bukit Kota dipertingkatkan secara berperingkat

LIMBANG: Kemudahan asas di Kampung Bukit Kota di sini akan dipertingkatkan secara berperingkat termasuk kerja menaik taraf prasarana dan kemudahan awam demi keselesaan penduduk. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, di samping itu, pemantauan secara berterusan projek pembangunan akan dilakukan bagi memastikan ia memenuhi keperluan rakyat dan […]

Operasi Kutip dan Sapu tahan 14 warga asing

LAWAS: Seramai 14 warga asing ditahan dalam Operasi Kutip dan Sapu sekitar daerah ini dari 21 hingga 22 Februari lalu. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu kenyataan memaklumkan operasi dilakukan JIM Bahagian Lawas dengan pemeriksaan di kawasan rumah sewa dan premis perniagaan yang dikenal pasti hasil risikan serta maklumat awam. “Hasil pemeriksaan mendapati 14 individu […]

LHDN perkasa e-Invois libatkan 10,000 syarikat Sarawak

KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperkukuhkan agenda pendigitalan sistem percukaian negara menerusi pelaksanaan e-Invois yang kini memasuki fasa empat, melibatkan kira-kira 10,000 syarikat di Sarawak. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, pelaksanaan fasa terbaharu itu merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi percukaian bagi meningkatkan ketelusan, kecekapan serta pematuhan cukai dalam kalangan […]