Month: July 2026

JKKK Rumah Panjang Uma harumkan nama Sarawak ADM Peringkat Kebangsaan

SIBU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang Uma Daro Liling Padong, Sungai Asap, Belaga berjaya mengharumkan nama Sarawak apabila menduduki tempat ketiga dalam Anugerah Aspirasi Desa Madani (ADM) yang berlangsung di Jengka, Pahang baru-baru ini. Menurut penasihatnya, Pemanca Umek Jeno berkata, JKKK Rumah Panjang Uma Daro tersenarai bersama-sama 13 lagi JKKK lain dari […]

Pembinaan loji rawatan air baharu Kanowit berjalan lancar

KANOWIT: Pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 25 Juta Liter Air Sehari (MLD bagi memperkukuhkan bekalan air di kawasan Kanowit sudah bermula. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pembinaan loji baharu terbabit membabitkan kos sebanyak RM185.2 juta berjalan lancar. Katanya, pembinaan loji baharu terbabit juga menjadi komitmen Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan […]

Wanita Parti PBB terus perkasakan program dekati rakyat

KUCHING: Ahli-ahli Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat cawangan mahupun ranting barus memperkasakan program mendekati rakyat. Ketuanya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, memperkasakan program mendekati rakyat itu akan membolehkan wanita parti ini menjadi fasilitator untuk bantuan yang disediakan kerajaan kepada rakyat. Katanya, pendekatan wanita Parti PBB seperti Program “Kamek Prihatin, Kitak Penting” […]

PRN-13: Calon wanita Parti PBB, GPS harus berwibawa dan berpotensi menang

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meletakkan harapan agar lebih lebih ramai wanita dicalonkan untuk bertanding dalam Piihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke- 13 akan datang. Ketua Pergerakannya, Dato Sri Fatimah Abdullah bagaimanapun berkata, calon wanita yang diketengahkan itu tidak semestinya daripada Parti PBB. “Calon wanita itu juga dalam kalangan parti komponen Gabungan […]

SKS: Sibu sasar lebih 30,000 pengunjung, platform perjelaskan perkhidmatan kerajaan

SIBU: Program Sarawakku Sayang (SKS) semakin mendapat tempat di hati rakyat apabila jumlah pengunjung terus meningkat di setiap lokasi penganjurannya. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, sambutan yang diterima selepas lima siri penganjuran SKS setakat ini sangat menggalakkan. Katanya, konsep SKS bukan sekadar menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan di satu lokasi, malah […]

Masyarakat Sebuyau hargai keputusan Premier teruskan projek Jambatan Batang Lupar 1

SEBUYAU: Kerajaan Sarawak membiayai pembinaan Jambatan Batang Lupar 1 menggunakan peruntukan negeri berjumlah RM848 juta selepas projek itu dibatalkan Kerajaan Persekutuan ketika di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pembinaan jambatan Batang Lupar mempunyai impak tinggi dari sosioekonomi dan jaringan jalan raya terhadap penduduk tempatan, khususnya di […]

Jambatan Batang Lupar 1 lambang kejayaan kepimpinan Sarawak

SEBUYAU: Jambatan Batang Lupar 1 melakar sejarah apabila secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai jambatan merentasi sungai terpanjang di Malaysia, sekali gus menjadi mercu tanda baharu kejuruteraan negara dan kebanggaan rakyat Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pengiktirafan itu merupakan detik bersejarah yang membuktikan kemampuan Sarawak merealisasikan projek […]

Jambatan Batang Lupar I bukti keupayaan Sarawak bangunkan infrastruktur sendiri

SEBUYAU: Jambatan Batang Lupar I yang dirasmikan hari ini menjadi bukti keupayaan Sarawak melaksanakan projek infrastruktur berskala besar menerusi kekuatan kewangan dan kepakaran tempatan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jambatan berkenaan bukan sahaja meningkatkan hubungan darat antara kawasan luar bandar malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi rakyat. “Hari ini […]

Pembangunan Tanjung Embang tarik minat institusi kewangan, bank

KUCHING: Asian Development Bank (ADB) berminat meneliti peluang kerjasama dengan Sarawak bagi pembangunan kawasan Tanjung Embang di Asajaya. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini khususnya dalam menyediakan sokongan pembiayaan, termasuk pembiayaan hijau bagi Tanjung Embang. Minat itu katanya, dinyatakan ketika beliau menerima kunjungan pengurusan tertinggi ADB dari Manila, di […]