Month: September 2026

STOLport Bebuling: Tarikh operasi komersial masih dibincang

SPAOH: Penerbangan percubaan di Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling di sini hari ini lancar, membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuhkan jaringan udara di Bahagian Betong. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata penerbangan berkenaan menjadi asas kepada perbincangan lanjut mengenai operasi STOLport, termasuk penetapan tarikh penerbangan komersial. Bagaimanapun, katanya, tarikh operasi komersial […]

STOLport terima pendaratan pertama hari ini

SPAOH: Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling mencipta detik bersejarah apabila menerima pendaratan pertama sebuah pesawat di sini, hari ini. Menurut kenyataan media Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, pencapaian itu menjadi langkah signifikan ke arah memperkukuhkan jaringan perhubungan udara melibatkan kawasan Betong, Spaoh dan Bukit Sadok. Dibangunkan sebagai Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport), kemudahan berkenaan […]

Bantuan kemahiran sebagai modal tingkatkan pendapatan isi rumah

SIBU: Kerajaan Sarawak terus memberi penekanan kepada usaha meningkatkan pendapatan isi rumah menerusi pendekatan bersasar, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee Beliau berkata, langkah itu turut membantu golongan berkemahiran menjana pendapatan melalui perniagaan. Katanya, bantuan kepada individu berkemahiran lebih berkesan sekiranya dijadikan modal permulaan untuk mengembangkan perniagaan. “Pendekatan itu […]

Pertimbangkan kenaikan subsidi diesel pekebun kecil

SPAOH: Seramai 150 pekebun lada di Betong menerima bantuan berjumlah RM1.2 juta bagi menyokong pengurusan dan pembangunan tanaman lada di kawasan berkenaan. Bantuan tersebut disampaikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad pada perasmian Seminar Kemampanan Industri Lada di Dewan Masyarakat Spaoh, hari ini. […]

BJF2026 lebih meriah sempena edisi ke-20

KUCHING: Borneo Jazz Festival (BJF) 2026 bakal kembali dengan tarikan lebih istimewa sempena edisi ke-20 pada 4 dan 5 Disember akan datang. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, buat pertama kalinya, BJF 2026 akan dianjurkan di tengah bandar raya Miri dengan Pullman Miri Waterfront sebagai lokasi rasmi. […]

Nisbah satu pertiga kerusi Parlimen masih perlu diperinci – Abdul Karim

KUCHING: Isu perwakilan satu pertiga kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak perlu dilihat sebagai agenda nasional, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata, perkara ini berkait rapat dengan prinsip keseimbangan kuasa yang wujud ketika pembentukan Malaysia pada 1963. […]

Cegah anak bawah umur memandu

KUCHING: Ibu bapa perlu meningkatkan langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan anak-anak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, anak-anak yang belum mencapai umur dibenarkan memandu tidak harus dibiarkan menggunakan kereta atau motosikal tanpa pengetahuan ibu bapa. “Langkah pencegahan perlu bermula dari rumah. “Ini termasuk memastikan kunci kenderaan tidak mudah diakses selain […]

Urus modal secara bijak, ekonomi Sarawak kekal produktif

KUCHING: Sarawak menekankan pengoptimuman aset industri dan ekonomi kitaran bagi memastikan aset lebihan terus dimanfaatkan dalam menyokong aktiviti ekonomi negeri. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, pendekatan itu selaras Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) dan rangka kerja kelestarian negeri. “Aset terbiar merupakan modal yang tidak […]

Biro Pendidikan DUN Satok anjur percubaan UP-DLP

KUCHING: Biro Pendidikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok mengambil inisiatif mengadakan percubaan praUjian Pengajian (UP) Program Dwibahasa (UP-DLP) Sarawak bagi murid tahun enam melibatkan tiga sekolah rendah di kawasan itu. Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang melibatkan 74 murid, SK Rakyat Haji Bolhassan (64 murid) dan SK Combined (49 murid) membabitkan jumlah keseluruhan […]

Pelajar cemerlang UP-DLP berpeluang ke sekolah antarabangsa

KUCHING: Pelajar mencatat prestasi cemerlang dalam Ujian Pengajian (UP) Program Dwibahasa (UP-DLP) Sarawak akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sekolah antarabangsa milik Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak (YS). Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, peluang itu penting bagi memastikan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan turut mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi. […]