Year: 2026

Perjalanan Kuching- Sri Aman dijangka dipendek 1 jam 15 minit, projek berfasa dilaksana

SIMANGGANG: Jarak perjalanan antara Kuching dan Sri Aman dijangka dapat dipendekkan kepada hanya satu jam 15 minit menerusi rangkaian infrastruktur jalan pesisir dan pembinaan jambatan yang sedang giat dilaksanakan Kerajaan Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan sasaran masa perjalanan tersebut bukan sekadar angan-angan, sebaliknya berasaskan perancangan teknikal yang teliti […]

Kepelbagaian kaum asas kekuatan kestabilan Sarawak

SIBU: Kepelbagaian kaum dan budaya yang menjadi teras keharmonian Sarawak perlu terus dipelihara kerana ia merupakan kekuatan dalam menyatukan rakyat serta menjamin kemajuan negeri. Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, perbezaan latar belakang bukan penghalang, sebaliknya menjadi asas kepada perpaduan rakyat negeri ini yang hidup dalam […]

PPWS perkasakan program berimpak tinggi, fokus pembangunan inklusif

LAWAS: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) diiktiraf sebagai tonggak penting dalam memperkasa wanita serta memacu pembangunan sosioekonomi negeri sejak lebih enam dekad penubuhannya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sejak ditubuh 1962, PPWS memainkan peranan besar membangunkan komuniti wanita khususnya di luar bandar melalui pelbagai program kemahiran, keusahawanan dan literasi digital. […]

Talentbank iktiraf UNIMAS peneraju kebolehpasaran graduan

KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima pengiktirafan sebagai peneraju kebolehpasaran graduan di bawah Talentbank Graduate Employability Index. Pengiktirafan Ini satu penilaian komprehensif berasaskan maklum balas serta validasi majikan di Malaysia dan membuktikan program pengajian UNIMAS kekal relevan dan berkualiti tinggi, serta selaras keperluan semasa industri. Penilaian oleh Talentbank turut mengambil kira persepsi dan pengalaman […]

Sarawak hab pelancongan sukan

KUCHING: DBKU International X-Games 2026 terus mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai hab pelancongan sukan sekali gus menjadi platform penting dalam mencungkil dan membangunkan bakat atlet tempatan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran acara berkenaan berjaya menarik penyertaan antarabangsa serta meningkatkan […]

55,266 wanita jalani saringan ujian HPV DNA

KUCHING : Seramai 55,256 wanita di negeri ini telah menjalani saringan ujian HPV DNA bagi pengesanan awal kanser serviks. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, jumlah tersebut direkod sejak tahun 2019 hingga 31 Mac 2026 Manakala bagi seluruh Malaysia, seramai 202,889 wanita telah menjalani saringan ujian tersebut melalui Lembaga Penduduk […]

AirBorneo mulakan penerbangan antarabangsa selepas Julai ini

LIMBANG: Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo akan memulakan penerbangan antarabangsa selepas pembelian tiga pesawat jet Boeing pada Julai ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, empat destinasi dikenal pasti sebagai permulaan iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Singapura dan Jakarta. Katanya, penambahan Jakarta sebagai destinasi penerbangan antarabangsa AirBorneo bertujuan menggalakkan sektor […]

Karnival JMU 2026 Zon Sarawak bantu pelajar pilih pengajian

KUCHING: Penganjuran Karnival Jom Masuk Universiti 2026 (JMU 2026) Zon Sarawak dilihat mampu menjadi platform merapatkan jurang maklumat pendidikan tinggi di kalangan pelajar. Ini terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf dengan karnival ada 55 reruai pameran dari universiti awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan […]

Sarawak Delta Geopark terima pengiktirafan antarabangsa 23 April di Paris

KUCHING: Burung kenyalang terus menjadi antara spesies hidupan liar paling bernilai tinggi di Sarawak, sekali gus menjadikannya sasaran utama kegiatan perdagangan haram yang semakin membimbangkan. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, permintaan tinggi terhadap spesies tersebut dalam pasaran gelap didorong oleh nilainya yang mahal dari sudut […]

Pelajar cemerlang SMK Kabong terima insentif

KABONG: Seramai 21 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong menerima sumbangan iPad, manakala enam pelajar lagi menerima insentif wang tunai sebagai penghargaan atas pencapaian akademik mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan tersebut yang disifatkan sebagai bukti kemampuan pelajar luar […]