Year: 2026

Penuhi perkhidmatan berkualiti, AirBorneo teruskan perkembangan berperingkat

KUCHING: AirBorneo dijangka akan meneruskan perkembangan secara berperingkat bagi memastikan perkhidmatan penerbangan berkualiti dinikmati rakyat Sarawak. Menurut Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi AirBorneo Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, kejayaan ini memerlukan kerjasama dengan syarikat penerbangan lain dan penggunaan model operasi kolaboratif. “Untuk mencapai tahap terbaik, sokongan daripada rakyat, pihak syarikat dan media adalah sangat […]

TMM2026: Sarawak mulakan kempen di sembilan lokasi sambutan

KUCHING: Sarawak memulakan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dengan sambutan ketibaan pelawat di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini. Majlis disempurnakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau menyifatkan inisiatif itu mencerminkan kesiapsiagaan Sarawak menerima pelawat domestik dan antarabangsa. “Bagi Sarawak, aktiviti […]

Banjir: Lima PPS dibuka, beri kerjasama pada agensi terlibat

KUCHING: Setakat ini sebanyak lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di sekitar bandar raya ini. Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini melibatkan Dewan Masyarakat Stapok, Dewan Sinar Budi Baru, Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu, Dewan Taman Malihah serta Surau […]

Projek bina jajaran jalan baharu ke Kampung Sawai dijangka bermula 2026

DARO: Pembinaan jajaran jalan baharu menghubungkan ke Kampung Sawai yang diluluskan peruntukan berjumlah RM65 juta dijadual bermula tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Dr Safiee Ahmad berkata, jajaran itu disifatkan sebagai projek berimpak tinggi yang bakal meningkatkan tahap perhubungan serta akses penduduk luar bandar. Selain itu, ia menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi setempat. […]

Banjir: Sarawak perluaskan pangkalan operasi hadapan

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari peringkat bahagian hingga ke daerah termasuk agensi-agensi kerajaan berkaitan digesa bersiap siaga menghadapi banjir. Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, hujan berpanjangan yang kebiasaannya bermula dari Januari hingga Februari setiap tahun dijangka sekali lagi mengundang fenomena alam itu. “Kita minta rakyat […]