Agihan berzon pastikan surau, masjid terima giliran agihan daging korban

LAWAS: Ibadah korban di daerah ini berjalan lancar di surau dan masjid.

Pengerusi Masjid Besar Darul Ma’mur Lawas, Awang@Ibrahim Ahmad, berkata beberapa ekor kerbau termasuk sumbangan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ditumbangkan pagi tadi.

“Terima kasih Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyumbang sejumlah 24 ekor kerbau melalui Lembaga Hak Amanah Khairat Islam Lawas(LAKHIL),” katanya ketika ditemui media pagi tadi.

Beliau menjelaskan, sebanyak 24 ekor kerbau disumbangkan melalui Lembaga Hak Amanah Khairat Islam Lawas (LAKHIL), selain sumbangan daripada Unit Saudara Kita, PERKIM Cawangan Lawas dan individu.

Menurutnya, agihan dibuat mengikut zon secara bergilir supaya semua surau dan masjid berpeluang menerima sumbangan setiap tahun.