Year: 2026

MA63: Pelaksanaan autonomi kesihatan Sarawak masih dikaji

KUCHING: Pelaksanaan autonomi kesihatan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih memerlukan perbincangan lanjut di peringkat tertinggi sebelum sebarang keputusan diumumkan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, perkara tersebut kini berada pada peringkat penelitian awal dan menunggu Mesyuarat Tertinggi MA63 yang melibatkan Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Sabah dan Sarawak bagi menetapkan dasar […]

Kuching bandar raya bersih,DBKU raih anugerah ASEAN Clean Tourist City

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sekali lagi mencatat kejayaan gemilang apabila dianugerahkan ASEAN Clean Tourist City Award bagi kategori ASEAN Tourism Standards 2026–2028, pengiktirafan berprestij di peringkat ASEAN, baru-baru ini. Anugerah ini diberikan selepas DBKU berjaya memenuhi sepenuhnya kriteria yang ditetapkan dalam ASEAN Tourism Standards 2026–2028 serta memperoleh perakuan rasmi daripada Kementerian Pelancongan, Seni […]

95 organisasi DUN Satok terima sumbangan geran MRP

KUCHING: Sejumlah RM1.2 juta geran projek kecil luar bandar (MRP) diperuntukkan kepada 95 pelbagai organisasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.8 Satok di sini, hari ini. Antara organisasi tersebut ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, jawatankuasa masjid dan persatuan-persatuan komuniti lain. Peruntukan […]

Isu Petronas, Sarawak hormati proses mahkamah

KUCHING: Tindakan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) membawa isu berhubung penjelasan kerangka kawal selia yang terpakai terhadap operasi petroleum syarikat itu di Sarawak disifatkan sebagai menimbulkan kecurigaan politik. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, meskipun perkara berkenaan dibawa ke mahkamah, Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak […]

Taman Botani sehingga Reservoir dibangun kawasan rendah karbon

LKUCHING: Kuching yang terkenal sebagai bandar raya bersih dan pintar terus mengorak langkah menjadi bandar rendah karbon melalui pelaksanaan dua komponen utama pembangunan di bandar raya ini. Pembangunan tersebut akan menghubungkan Taman Botani sehingga ke kawasan Reservoir di sini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu sebagai usaha kerajaan […]

Tebingan Sungai Limbang perlu siap April, kontraktor diminta percepatkan projek

LIMBANG: Kerja-kerja membaik pulih projek Tebingan Sungai Limbang yang terpanjang di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya pada April tahun ini. Tebingan sejauh 1.8 kilometer (km) itu bernilai RM120 juta dibangunkan dalam tiga fasa di bawah peruntukan kerajaan negeri. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata,projek berkenaan berdepan kelewatan […]

Sarawak negeri pertama miliki sekolah antarabangsa

KUCHING: Sarawak muncul sebagai negeri pertama di negara ini membangunkan sekolah antarabangsa milik kerajaan negeri dalam usaha memperluas akses pendidikan bertaraf dunia dan berkualiti kepada anak-anak di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata sebanyak lima sekolah antarabangsa dibangunkan di bawah Yayasan Sarawak dengan dua daripadanya masing-masing di Petra […]

PRN-13: Bukan dalam masa terdekat, tempoh masih panjang – Premier

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu tarikh bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke- 13 tidak akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, walaupun PRN perlu diadakan selepas tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), namun tiada keperluan untuk mengadakannya sekarang. […]

Pembinaan jalan baharu dikaji atasi kesesakan kawasan Matang

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang menimbangkan pelbagai cadangan bagi mengatasi isu aliran trafik dan kesesakan kawasan Matang di sini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata cadangan terbabit termasuk pembinaan jalan baharu kini masih berada di peringkat kajian oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan beberapa pilihan serta alternatif sedangdipertimbangkan. “Ini […]

PRN bukan keutamaan, GPS terus bekerja demi kepentingan rakyat – Fadillah

KUCHING: Penentuan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bukan menjadi keutamaan, sebaliknya kerajaan negeri memberi penekanan kepada komitmen berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab serta khidmat kepada rakyat. Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, GPS tidak menjadikan pilihan raya sebagai faktor penentu dalam melaksanakan agenda pembangunan negeri, […]