26 persatuan, pertubuhan Cina Lawas terima geran kerajaan

LAWAS: Masyarakat diingatkan agar terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Sarawak.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, Kerajaan Sarawak kini diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Saya menggesa masyarakat peniaga di Lawas khususnya kaum Cina agar terus memberi sokongan padu kepada kerajaan peneraju di Sarawak iaitu GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan geran kerajaan kepada 26 persatuan dan pertubuhan Cina Lawas di sini, hari ini.

Henry berkata, mereka juga tidak harus terpengaruh dengan hasutan dan usaha memburukkan pemimpin dan harus belajar dengan politik di Semenanjung.