KUCHING: Seramai 32 Ahli Majlis Daerah Serian (MDS) mengangkat sumpah jawatan bagi penggal 2025 hingga 2028, di sini, hari ini.
Majlis tersebut turut menyaksikan pelantikan Dato’ Peter Minos sebagai Pengerusi MDS baharu.
Pelantikan Peter Minos turut menjadi tumpuan, memandangkan pengalaman luas beliau selama 10 tahun sebagai Wali Kota Majlis Perbandaran Samarahan.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menghadiri majlis tersebut.
Menurutnya, ahli majlis adalah penghubung kerajaan dengan rakyat untuk mengutarakan sebarang perkara yang memerlukan khidmat pihak majlis kepada pihak berkuasa tertinggi.
Sementara itu, Roland yang juga Pengerusi Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) mahu projek pembangunan di Serian dipercepatkan.
“Ada projek besar, ada juga projek kecil. Ada yang telah berjalan, namun masih banyak lagi yang perlu dipercepatkan pelaksanaannya,” jelasnya.
Menurutnya, terdapat lebih 20 projek itu di bawah GKCDA masih tertangguh.
