412 penerima sumbangan Sejambak Kasih Aidilfitri

KABONG: Seramai 412 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi daerah Kabong akan menerima sumbangan Program Sejambak Kasih Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata sumbangan itu diberikan bagi meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Justeru, pada majlis hari ini, seramai 412 daripada 515 orang penerima bantuan bulanan kebajikan bagi daerah Kabong akan menerima sumbangan tersebut berupa wang tunai, selain hamper,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis sejambak kasih Hari Raya Aidilfitri 2024 bertempat di Masjid Assabirin Kabong, hari ini.

Mohamad Razi berkata seramai 16,624 penerima bantuan JKM Sarawak akan menerima sumbangan sempena Program Sejambak Kasih Aidilfitri membabitkan peruntukan berjumlah RM1,662,400 bagi tahun ini.