KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menggubal rang undang-undang baharu bagi mengawal selia Pelabuhan Bintulu.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia berikutan Akta Pelabuhan Bintulu 1981 yang sedia ada akan dimansuh.
“Penggubalan rang undang-undang baharu ini dijangka dibawa ke Parlimen pada tahun ini oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibaca oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dalam Majlis Penutupan Program Kembara Bertadarus 2024 di Masjid Al-Ghazali.
Awang Tengah menambah, perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Sarawak dan Persekutuan22 Mac lalu, di Kuala Lumpur merupakan komitmen kerajaan untuk membangunkan Bintulu sebagai hab ekonomi tenaga baharu dan meningkatkan aktiviti perkapalan di rantau ini.
Beliau turut menyerahkan sumbangan kepada 30 kanak-kanak asnaf termasuk sumbangan RM5,000 dan senaskhah Al-Quran kepada pengurusan Masjid Al-Ghazali.
