SAMARAHAN: Sebagai universiti awam pertama di Malaysia yang mewujudkan Digital Experience Hub, akan mengukuhkan kedudukan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebuah institusi progresif secara digital.
Dengan kerjasama Google for Education, kewujudan UNIMAS Digital Experience Hub itu akan turut meningkatkan pengalaman pembelajaran, memperkasakan kompetensi, dan memberikan impak yang mendalam kepada komuniti yang lebih luas.
UNIMAS Digital Experience Hub itu ditempatkan di Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (PeTARY), kata UNIMAS dalam kenyataan media di sini.
Kewujudannya mengambilkira inisiatif transformasi digital yang menawarkan tiga pendekatan utama memberi manfaat kepada warga UNIMAS, komuniti, peringkat nasional dan juga global.
Ini merangkumi: (i) Digital Experience Hub yang bertujuan untuk menggiatkan modul dan latihan secara lebih berimpak dengan pensijilan yang bukan sahaja mensasarkan warga UNIMAS tetapi juga meluas kepada komuniti dengan bermatlamatkan menjadikan UNIMAS sebagai Google Reference University di rantau ini.
(ii) Grab-and-Go Chrome yang memberi pengalaman baru peningkatan kebolehcapaian kepada ekosistem Google. Skalabiliti dan fleksibiliti untuk populasi pelajar yang semakin meningkat terutamanya pelajar di kalangan B40 dan
(iii)Digital Solutions Space yang memberi pendedahan dan pengalaman kepada inisiatif transformasi digital UNIMAS dengan mengetengahkan produk solusi dan inovasi digital UNIMAS yang merangkumi adaptasi teknologi AI terutamanya dalam menyokong aspirasi agenda ekonomi digital Sarawak, peringkat nasional dan antarabangsa.
UNIMAS Digital Experience Hub itu juga membuka jalan bagi UNIMAS untuk memimpin dalam transformasi digital, memupuk inovasi, dan pertumbuhan mampan.
