Tun Dr Wan Junaidi bertemu wakil ketua agama, UNIFOR

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri menghadiri jamuan malam bersama wakil ketua agama dan anggota Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi berkesempatan beramah mesra dengan wakil ketua agama di majlis itu yang diadakan secara sederhana.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak juga berbincang mengenai perkara berkaitan UNIFOR dengan wakil agama terbabit.

Antara yang hadir termasuk Pengarah UNIFOR Jack Aman, Uskup Agung Gereja Roman Katolik Kuching Archbishop Simon Bishop, Canon Bradley Sangan (Anglican Diocese of Kuching) dan Dato Dr Kalwinder Singh Khaira (Sikh).

Juga hadir ialah Chin Chia Chau (Baha’i), Prema Maniam (Hindu Sangam), Dato Sri Tay Chin Kin (Buddhist), Kapitan Tan Kok Chang (Tao), Wallace Paul Kilat (Iban Methodist Church) serta wakil dari sekolah mubaligh Anglikan dan Sarawak Chinese Annual Conference (SCAC).