KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengamal media harus mengekalkan laporan seimbang, beretika dan berasaskan fakta dalam mendepani cabaran era kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang.
Katanya, Kerajaan Sarawak akan terus memberikan sokongan secara seimbang kepada pengamal media bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan.
“Layanan seimbang itu berupa saling bekerjasama supaya Sarawak sentiasa stabil dan masyarakatnya hidup harmoni,” katanya merasmikan Persidangan Media Sarawak Media (SMeC) sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di sini, hari ini.
Beliau berkata, pengamal media mempunyai tanggungjawab bersama dalam membantu membangunkan negeri dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
“Bersama-samalah kita bekerja untuk kebaikan negara dan berkongsi maklumat,” tegas beliau.
Dari segi membuat laporan berita, pengamal media perlu melakukannya dengan penuh bertanggungjawab dan kepercayaan, katanya sambil menambah, kemunculan Ai menjadikan tugas pengamal media sekarang lebih mencabar.
Gunakan Ai secara bijak dan bertimbang rasa, kata beliau dan menggesa pengamal media supaya membuat lebih banyak laporan berkaitan dengan penyelesaian karbon, ekonomi hijau dan hidrogen yang sedang giat Kerajaan Sarawak bangunkan sekarang.
Berkongsilah maklumat berkaitan dengan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat berpandukan data, katanya.
Beliau menegaskan, lebih penting lagi apabila laporan yang dibuat oleh pengamal media fokus kepada kelesteraian alam sekitar dan ekonomi baharu.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah saidol dalam ucapan aluannya berkata, pengaruh yang bersifat demokratik boleh dijadikan satu kekuatan untuk kebaikan.
Beliau berkata, isi kandungan yang pembuat cerita kadang kala membuat mesej yang positif untuk berkongsi maklumat dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Hadir sama Timbalan Premier, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kiu Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Awang Asfia Awang Nassar, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
