Hanifah hulur sumbangan mangsa kebakaran Kampung Penakub Hilir

MUKAH: Dua keluarga mangsa kebakaran rumah di Kampung Penakub Hilir menerima sumbangan bantuan keseluruhannya berjumlah RM20,000, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib menghulurkan sumbangan kepada keluarga Hasiah Dolah yang rumah mereka 100 peratus terbakar. Sementara keluarga Hamsah Dollah rumah mereka sekitar 10 peratus terbakar.

Sumbangan berupa wang tunai, dan barang keperluan asas serta makanan berjumlah RM10,000 dan sumbangan peribadi sebanyak RM5,000 kepada keluarga Hasiah Dolah.

Hanifah merangkap Ahli Parlimen Mukah, juga memberi sumbangan peribadi sebanyak RM5,000 bagi tambahan baik pulih rumah kepada keluarga Hamsah Dollah.

Sehubungan itu, beliau menyaran agar mana-mana pihak tampil menghulurkan bantuan sumbangan kepada dua keluarga tersebut.

Penyerahan sumbangan itu diwakilkan Almalhakim Norshidi dan beberapa kakitangan Pusat Khidmat P213 Mukah dan Sukarelawan P213 Mukah.

Hanifah Hajar Taib