Agong perkenan darurat jerebu di seluruh Bahagian Serian

KUCHING: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Menurut kenyataan media yang dkeluarkan Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi,
keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta agensi berkaitan berhubung tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

Susulan pengisytiharan tersebut, langkah lebih berkesan akan dilaksanakan bagi melindungi kesihatan dan kebajikan penduduk yang terjejas.

Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan tindakan diperlukan dilaksanakan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai.