Sumbangan RM10,000 kepada Kelab KEMAS Lubok Antu

SRI AMAN: Kelab Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Lubok Antu menerima sumbangan peruntukan sebanyak RM10,000 di Eden Restaurant, di sini, semalam.

Sumbangan terbabit daripada Ahli Dewan Negara, Senator Susan Chemerai Anding yang juga Setiausaha Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Beliau menyampaikan sumbangan ketika Majlis Sekalung Budi Seindah Kenangan anjuran KEMAS Lubok Antu bagi mengenang budi kakitangan yang akan bersara tahun ini.

Susan berkata, sumbangan peruntukan itu boleh digunakan bagi pendidikan awal kanak-kanak.

“Ia boleh digunakan bagi menganjurkan rancangan pendidikan awal kanak-kanak didalam meningkat profesionalisme pendidikan masyarakat Taska dan Tabika KEMAS,” katanya.