SAMARAHAN: Bakal jemaah haji dari kawasan Parlimen Kota Samarahan tahun ini menerima sumbangan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Kota Samarahan di Dewan Suarah Samarahan, di sini, hari ini.
Sumbangan itu disampaikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada dua wakil bakal jemaah terbabit dan disaksikan Ahli Parlimen Kota Samarahan dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.
Wakil terbabit ialah Penghulu Seraie Sajili dari Kampung Sindang Baru dan Ustaz Aswat Osen dari Kampung Mang.
Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Dato’ Idris Buang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang dan Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu.