KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan LAKU Management
Sdn Bhd (LAKU), di sini, semalam.
MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin dengan Ketua Pegawai Eksekutif LAKU, IR. TS. Daneil Punang.
Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata,
pihaknya menyambut baik kerjasama ini kerana memberi nilai tambah kepada usaha mengikitiraf kerjasama strategik kedua-dua agensi.
Katanya, ini dalam perkongsian maklumat, peningkatan produktiviti serta dapat memberikan impak positif kepada
ekosistem percukaian khasnya di Sarawak.
Manakala Ir. Ts. Daneil Punang berkata, LAKU sebagai salah satu agensi pengurusan air Sarawak akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam merealisasikan hasrat MoU terbabit.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Datuk Hisham Rusli, Ketua Pegawai Eksekutif Operasi LAKU, Effendi Taher, Pengarah HASiL Sarawak, Vijayen Nagalingham, Pengarah Jabatan Perisikan dan Profiling, Kamarudzaman Bahrin.
