BINTULU: Kira-kira 50 ketua masyarakat dan ketua kaum daerah Sebauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena menghadiri kursus integriti, di sini, hari ini.
Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap Satu
anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Jabatan Premier Sarawak.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Stephen Rundi Utom ketika merasmikan majlis itu berkata, nilai integriti amat penting dalam membentuk personaliti dan kepimpinan seseorang.
“Saya percaya modul kursus ini amat penting untuk penerapan ilmu kepada semua pimpinan masyarakat di Daerah Sebauh, amnya dan DUN Kemena khasnya,” katanya.
Hadir sama Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya dan Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi.
