KMKK perlu adil laksana tugas

SIBU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sebagai pemimpin di peringkat akar umbi
harus berintegriti, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab.

Pegawai Daerah Sibu, Khalid Andong berkata, KMKK harus adil dan tidak memilih kasih dalam melaksanakan tugas mereka.

“Pelaksanaan undang-undang dan peraturan mestilah adil dan saksama,” katanya pada majlis ringkas pelantikan KMKK bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong di Pejabat Daerah Sibu, hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 99 KMKK dilantik terdiri daripada tiga ketua masyarakat, 13 kapitan, 82 tuai rumah dan seorang ketua kampung.

Daripada jumlah itu, empat kapitan, lapan tuai rumah dan seorang ketua masyarakat baharu dilantik, manakala yang lain dilantik semula.