LAWAS: Pembinaan Kompleks Pentadbiran Bersepadu (IAC) jabatan Kerajaan Sarawak di sini mencapai kemajuan 52 peratus dan dijadual siap sepenuhnya pada Julai 2025.
Timbalan Menteri Infrasturktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, beberapa isu yang menyumbang kepada kelewatan projek terbabit selepas pandemik Covid-19 dapat diatasi dengan cekap oleh pemaju.
Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja ke tapak projek IAC di sini hari ini.
Beliau turut memberitahu media, bangunan pentadbiran jabatan kerajaan negeri itu setinggi 15 tingkat akan menempatkan 15 jabatan, agensi dan badan kerajaan di bawah kerajaan negeri Sarawak.
Bangunan berkenaan akan dilengkapi kemudahan moden, kemudahan tempat letak kenderaan dan laluan jalan raya yang akan dinaik taraf, katanya.