KUCHING: Pusat Latihan Wushu Sarawak berpotensi dijadikan venue bagi penganjuran temasya Sukan SEA 2027 yang mana negeri ini akan menjadi penganjur bersama.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menzahirkan hasrat tersebut setelah Pusat Latihan Wushu terbesar di Malaysia itu telah siap.
Katanya, pusat latihan berkeluasan 3.1 ekar membabitkan kos berharga RM11,313,103.70 turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk
“Kita bangga kompleks ini sudah siap dan boleh diguna untuk pertandingan SUKMA tahun ini.
“Saya menzahirkan tahniah dan syabas kepada Persatuan Wushu dan kontraktor, walaupun surat arahan yang diberikan agak lewat. Mereka dapat menyiapkan lebih awal daripada tarikh serah projek dan mereka mengetahui apa yang kita perlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian aelepas Perasmian Pembukaan Pusat Latihan Wushu Sarawak di sini.
Hadir sama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Chef De Mission (CDM) Sarawak SUKMA Ke-21 Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Morshidi Fedrick, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak Awang Putrayusrie Awang Redzuan dan Presiden Persatuan Wushu Negeri Sarawak merangkap Penolong CDM Sukan Wushu Allen Wong Siew Poh.
