KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan program Karnival Kesihatan Sayangi Jantung Anda bagi meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung.
Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman berkata, program bagi meraikan sambutan Hari Jantung Sedunia yang didedikasikan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan jantung dan kepentingan menjaga sistem kardiovaskular kita.
“Sambutan Hari Jantung Sedunia diraikan pada 29 September setiap tahun dan secara tidak langsung bulan September merupakan bulan kesedaran kesihatan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Karnival Kesihatan Sayangi Jantung Anda di Dewan Datu Merpati Jepang, Satok, di sini, hari ini.
Hilmy berkata, program anjuran kolaborasi bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Masjid,Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok dan Kejiranan Mesra (KJM).
“Program seperti ini amat bertepatan kerana ia berkonsepkan saringan kesihatan, promosi dan pendidikan kesihatan, kaunseling kesihatan,vaksinasi masyarakat dan aktiviti sukarelawan,” katanya.
Pelbagai aktiviti seperti senamtari, pemeriksaan kesihatan, tai chi, pertandingan mewarna, ceramah kesihatan sayangi jantung anda.
