Tingkatkan semangat pelajar minati STEM

SIBU: Penganjuran Pesta Sastera Kanak-Kanak Sarawak mampu meningkatkan minat kanak-kanak terutama bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, program tersebut selari dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2023 Kerajaan Sarawak.

Katanya, matlamat dasar kerajaan adalah menggalakkan kanak-kanak menceburi bidang STEM.

“Penglibatan agensi juga amat baik yang bukan memfokus akademik semata-mata, tetapi memberi kesedaran, contohnya penglibatan agensi seperti Jabatan Penjara dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan festival berkenaan di Pustaka Negeri Sarawak Sibu, hari ini.

Festival itu berlangsung mulai 21 hingga 22 September ini.

Turut hadir ialah Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak Sibu, Fairul Azli.