UiTMCS anjurkan syarahan Malaysia Madani & Jiwa Merdeka

KOTA SAMARAHAN: UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) menganjurkan syarahan bertajuk Malaysia Madani & Jiwa Merdeka di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Samarahan 2, di sini, baru-baru ini.

Menurut kenyataan UiTM Cawangan Sarawak, syarahan disampaikan Ahli Lembaga Pengarah Universiti itu, Mustaffa Kamil Ayub, bersama kira-kira 100 warga kerja UiTM Cawangan Sarawak baru-baru ini.

Penganjuran syarahan tersebut bertujuan memberi kefahaman asas tentang konsep Masyarakat Madani, Malaysia Madani & Rukun Madani.

“Selain bertujuan menerapkan budaya kerja dan berfikir dengan nilai-nilai positif Madani dan pada masa sama merangka agenda tindakan dengan kerangka Madani,”menurut kenyataan itu.

Syarahan turut dihadiri Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa yang menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Saimi Bujang, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Prof. Madya Ir. Dr. Juferi Idris, Penolong Rektor Kampus Samarahan 2, Prof. Madya Dr. Abdul Razak Abdul Kadir, Penolong Rektor Kampus Mukah Dr. Abdul Jabbar Abdullah serta Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN).