Pertandingan robotik di Greece, pelajar MRSM Betong terima sumbangan

BETONG: Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Betong terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan robotik di Atlanta Greece, bulan ini.

Yang Dipertua Maufakat Cawangan MRSM Betong, Henry Jugah berkata, dua pelajar tingkatan empat itu ialah Chrisezra Ason Bert Willington dan Catriona Siaw Cun Yun.

“Mereka terpilih selepas berjaya memenangi pingat di pertandingan MRSM Robo Challenge 2023 Peringkat Kebangsaan di MRSM Bentong, Pahang baru-baru ini.

“Muafakat MRSM Betong membantu pelajar ini melalui sumbangan berjumlah RM5,000,” katanya.

Henry Jugah berkata, sumbangan untuk membeli peralatan dan persiapan ke Atlanta dan sebelum itu diterbangkan khas ke Semenanjung pada 10 Januari ini untuk mengadakan latihan sehingga 14 Januari.

Katanya, pelajar berkenaan akan berlepas ke Atlanta ditemani guru pengiring Amran Tura pada 15 Januari ini.