KOTA SAMARAHAN: Majlis Konvokesyen Ke-28 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra), Kampus UNIMAS di sini, bermula hari ini.
Menurut kenyataan media UNIMAS, perasmian dan sidang pertama konvokesyen terbabit disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Canselor UNIMAS.
Pada sidang pertama itu seramai 617 graduan menerima ijazah iaitu seramai 124 graduan Ijazah Sarjana dan Kedoktoran, 465 graduan Ijazah Sarjana dan 28 graduan Diploma Pascasiswazah.
Majlis konvokesyen ini turut menyaksikan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada Prof. Ts. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi, sebagai penghargaan atas sumbangan besar beliau dalam bidang akademik.
Selain itu, Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) dianugerahkan kepada Dayang Nurina Nazihah Awang Abdul Rahim, Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) kepada
Annie Lau Siew Ming, Anugerah Canselor (Nur Ardini Noh) dan Anugerah Pro Canselor (Cathryn Anila).
Konvokesyen itu juga menyaksikan kejayaan seorang warga emas, Ernest Chai Oi Khun, 76, dan seramai 12 pelajar kelainan upaya (OKU) berjaya menyempurnakan pengajian sehingga memperoleh segulung ijazah.
