Delegasi Sarawak lawat IKN Nusantara

KALIMANTAN: Seramai 200 delegasi dari Sarawak terdiri daripada pegawai kerajaan dan wakil agensi menyertai lawatan ke Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara, di sini, hari ini.

Delegasi terbabit termasuk Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI), Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg, Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman dan Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng.

Mereka tiba di lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Aji Sulaiman Muhammad Sepinggan di Balikpapan jam 11.30 pagi tadi.

Kesemua delagasi Sarawak yang hadir pada hari pertama disambut oleh Kepala Dinas Koperasi Kota Balikpapan, Heruressandy Setia Kesuma.