ULU GEDONG: Ahli Parimen P.200 Batang Sadong, Rodiyah Sapiee merasmikan pertandingan bola sepak anjuran Persatuan Ibu dan Guru (PIBG) SK Kepayang di Kampung Kepayang di sini.
Dalam ucapan ringkasnya, Rodiyah berkata pertandingan itu bukan sekadar satu acara sukan.
Malah, ia adalah platform penting untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat.
“Di atas padang, anda bukan sahaja mempersembahkan taktikal dan teknikal bola sepak, tetapi juga nilai-nilai disiplin, kesabaran, kesepaduan dan semangat kesukanan.
“Sukan bola sepak memerlukan kerjasama yang tinggi, dan ini adalah nilai penting untuk diterapkan dalam kehidupan harian kita,” katanya.
Turut hadir ialah. Penolong Kanan Pentadbiran merangkap Pemangku Guru Besar SK Kepayang, Gerald Mual.
