TYT Sarawak santapan pagi bersama kenalan lama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar meluangkan masa mengadakan pertemuan santapan pagi bersama mantan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan @ Harun di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pagi ini.

Turut serta Azhar Azizan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ialah wartawan veteran serta mantan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Azman Ujang dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tengku Mohamed Fauzi Tengku Abdul Hamid.

Dalam suasana mesra, Tun Dr Wan Junaidi berkesempatan berbincang serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

Pertemuan ini turut mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan persahabatan yang telah terjalin sekian lama.

Tun Dr Wan Junaidi berharap agar hubungan silaturahim ini terus kekal erat dan menzahirkan doa agar semua kenalan serta sahabat handai sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kejayaan dalam segala lapangan.

GAMBAR: ASTANA NEGERI SARAWAK