KUALA LUMPUR: Rombongan Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.45 Repok dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei mengadakan lawatan ke Dewan Rakyat, sempena persidangan Parlimen di sini, hari ini.
Mereka berkesempatan melawat Dewan Negara dan Dewan Rakyat melihat bagaimana mesyuarat Dewan Rakyat diadakan.
Rombongan berkenaan disantuni Ketua Cawangan Parti PBB N.45 Repok yang juga Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.
Sehubungan itu, Ahmad Johnie menzahirkan terima kasih kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, kerana menjadikan lawatan ini realiti dengan pengalaman buat ahli-ahli parti.
