KUCHING: Seramai 812 pesakit baharu dan lanjutan memohon Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) dengan perbelanjaan diluluskan lebih RM14.3 juta sejak dilaksana pada 2020 sehingga Januari 2025.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, manakala peruntukan bagi BKPBP untuk 2025 berjumlah RM4.7 juta.
BKPBP menawarkan bantuan secara klinikal dan sokongan yang merangkumi bantuan pemasangan AVF, rawatan hemodialisis, suntikan EPO, rawatan CAPD, bantuan pengangkutan dan bantuan transplan, katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Hemodialisis MyAngkasa di sini hari ini.
Pusat Hemodialisis MyAngkasa memiliki 23 mesin Hemodialisis dengan 103 pesakit (44 lelaki dan 59 perempuan) mendapatkan rawatan, katanya.
Fatimah berkata, empat pesakit merupakan penerima BKPBP sedang mendapatkan rawatan di Pusat Hemodialisis MyAngkasa.
Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan kepada 22 penerima.
