SARATOK: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka mengagihkan sebanyak 300 pek bubur pedas dan 300 agar-agar kepada penduduk di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata program yang dianjurkan ini bukan sekadar aktiviti memasak, tetapi simbol kerjasama antara komuniti yang berganding bahu menyediakannya.
“Semangat gotong-royong seperti ini yang kita mahu suburkan dalam masyarakat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad mewakili ADUN Kalaka menyempurnakan majlis tersebut di Masjid Jamek Saratok dekat sini.
