SARATOK: Pintu gerbang JKKK Kampung Tanjung Hilir Saratok johan pertandingan pintu gerbang sempena Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka pada tahun ini.
Pemenang berjaya membawa pulang hadiah berupa hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 serta piala.
Naib johan pula disandang Pintu Gerbang Cahaya Saguhati Kampung Melango Lama Saratok sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 dan piala.
Tempat ketiga pula disandang pintu gerbang Kampung Masjid Hilir (RM1,500 dan piala), manakala tempat keempat pula dimenangi oleh JKKK Kampung Melango Lama Hilir (RM1,000) dan tempat kelima pula JKKK Kampung Melango Baru Hulu Saratok (RM800).
Dalam pada itu, sebanyak lapan pintu gerbang mendapat hadiah saguhati masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500 pada pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Kalaka bersama Lembaga Amanah Kebajikan Saratok (LAKIS) Saratok itu.
Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri ketika merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Berayo Bersamo ADUN Kalaka di Gelanggang Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Min Syn, semalam.
Beliau turut menyampaikan pemenang pertandingan bertuntung dan hiasan rumah yang dianjurkan oleh tiga JKKK.
Turut hadir ialah ADUN Krian, Friday Belik, Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Pemanca Sahari Gani dan Pemanca Lim Guan Ann.
