RM285,000 naik taraf gelanggang futsal Kampung Sungai Maong

KUCHING: Projek naik taraf gelanggang futsal sudah diluluskan untuk Kampung Sungai Maong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Timbalan Menteri Utiliti Sarawak ( Sarawak Energy & PETROS) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, peruntukan projek terbabit sebanyak RM285,000 telah diluluskan bulan lalu.

“Agensi pelaksana projek berkenaan ialah Majlis Perbandaran Padawan (MPP),” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok Zon 4 di gelanggang futsal Kampung Sungai Maong, di sini, malam tadi.

Ibrahim berkata, beliau turut menerima permintaan daripada orang ramai untuk membina balai raya di Kampung Sungai Maong.

“Namun, ada isu untuk mencari tanah sesuai. Jika kita dapat mencari tanah, saya akan membantu membina balai raya itu,” katanya.