KUCHING: Sebanyak 25 projek pembangunan infrastruktur di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) sedang giat dilaksana di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek ini melibatkan kos keseluruhan RM60.89 juta dengan lima projek tersebut siap sepenuhnya.
“Manakala, 20 projek lagi di peringkat perancangan,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Sektor Pembangunan Infrastruktur BDDA Bil. 2/2025 dipengerusikan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
