Masjid terapung baharu mercu tanda Kampung Punang

LAWAS: Pembangunan masjid baharu, Masjid Terapung Kampung Punang kini telah mencapai lebih 90 peratus siap.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek dilaksanakan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

“Projek ini akan menjadi mercu tanda bagi Kampung Punang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ibadah Korban di Kampung Punang dan Lawatan kerja ke Masjid Terapung Kampung Punang di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Pengarah NRDA Datu Ubaidillah Latip dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.