Kerajaan terus bantu pelajar atasi tekanan

KUCHING: Kerajaan akan terus mengadakan pelbagai program membantu pelajar mengatasi masalah tekanan emosi yang membawa kemudaratan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, ini termasuk program advokasi melibatkan pelbagai agensi-agensi kerajaan kerana masalah pelajar ada disebabkan percintaan selain ekonomi dan kewangan.

“Maka ini semua perlu ditangani dan kami di sini menanganinya melalui program-program yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Kem Kapten Keluarga Sempena Hari Bapa 2025 di Damai Escape Park, di sini, hari ini.

Nancy berkata, bagi pelajar yang berdepan kewangan, Kerajaan Persekutuan mahupun negeri mempunyai banyak program bantuan kewangan.